![]() |
| Gambar Hiasan: Kalimmah Allah |
Sesungguhnya
Allah s.w.t. mewajibkan beberapa kewajiban yang tidak boleh diabaikan, memberi
beberapa ketentuan yang tidak boleh dilampaui dan mengharamkan beberapa perkara
yang tidak boleh dilanggar.
Nabi
s.a.w. bersabda:
“Apa
yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya maka itulah yang halal, dan apa yang
diharamkan maka itulah yang haram, sedangkan apa yang didiamkan tentangnya maka
ia adalah yang dimaafkan, maka terimalah apa yang dimaafkan oleh Allah. Sesungguhnya
Allah tidak pernah lupa, kemudian baginda membaca ayat: “Dan
tidaklah Tuhanmu lupa.” (Q.S.Maryam:
64) (Hadith riwayat al-Hakim)
Perkara-perkara
yang diharamkan adalah ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. melaui
firmanNya:
“Itulah
larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” ( Q.S.Al-Baqarah: 187 )
Allah
mengancam orang yang melampaui ketentuan-ketentuanNya dan melanggar apa yang
diharamkanNya seperti ditegaskan dalam Al-Quran.
Firman
Allah s.w.t.:
“Dan
sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya dan melanggar
ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke adalam api nereka sedang
ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang hina.” (Q.S.Al-Nisa: 14 )
Menjauhi
perkara-perkara yang diharamkan hukumnya adalah wajib, perkara itu berdasarkan
sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apa
yang aku larang kamu dari mengerjakannya, maka jauhilah ia, dan apa yang aku
perintahkan kepada kamu maka lakukanlah semampunya.” (Hadith riwayat Muslim)
Sering
kita saksikan sebahagian para penurut hawa nafsu, orang-orang yang lemah jiwa
dan sedikit ilmunya, manakala mendengar perkara-perkara yang diharamkan secara
berturut-turut ia berkeluh kesah kesal seraya berkata: “Semuanya
haram, tidak ada sesuatu apapun kecuali kamu mengharamkannya, kamu telah
menyuramkan kehidupan kami, kamu menyebabkan hidup kami gelisah, menyempitkan
dada kami, kamu tidak memiliki selain haram, agama ini mudah, persoalannya
tidak sesempit itu dan Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Untuk
menjawab ucapan mereka, kita katakan sebagai berikut: Sesungguhnya
Allah s.w.t. menetapkan hukum menurut kehendaknya, tidak ada yang dapat menolak
ketetapnNya. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, maka Dia menghalalkan
apa yang dikehendakiNya dan di antara dasar kehambaan kita kepada Allah s.w.t.
adalah hendaklah kita redha dengan apa yang ditetapkan olehNya, pasrah dan
berserah diri kepadaNya secara mutlak.
Hukum-hukum
Allah s.w.t. berdasarkan atas ilmu, hikmah dan keadilanya, tidak sia-sia dan
main-main. Allah s.w.t. berfirman:
“Telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran
meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya), sebagai kalimah yang benar dan adil,
tidak ada yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya dan Dialah yang Maha Mendengar
dan Maha Mengetahui.” (Q.S.Al-An’am: 115)
Allah
menjelaskan kepada kita tentang kaedah halal haram dalam firman firmanNya:
“Dan
(Allah) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk.” (Q.S.Al-A’arf: 157)
Maka
yang baik-baik adalah yang halal, dan yang buruk-buruk adalah haram. Perkara
menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hanyalah
hak Allah menetapkan dirinya berhak menentukannya maka dia telah kafir
dan keluar dari agama Islam.
Allah
s.w.t. berfirman:
“Apakah
mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka
agama yang tidak diizinkan oleh Allah.” (Q.S.Al-Syura: 21)
Tidak
seorangpun berhak berbicara tentang halal haram kecuali para ahli yang
mengetahuinya berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah memberi peringatan keras
kepada orang yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan,
sebagaimana yang ditegaskan dalam firman Allah s.w.t.:
“Dan
janganlah kamu mengatakan apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini
halal dan ini haram” untuk mengadakan-gadakan kebohongan terhadap Allah.” (Q.S.Al-Nahl: 116)
Perkara-perkara
yang diharamkan secar qath’i (tegas) terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah
seperti dalam firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah:
marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah
kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan
bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.” (Q.S.Al-An’am: 151)
Dalam
al-Sunnah disebutkan beberapa perkara yang di haramkan sebagaimana dalam sabda
Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya
Allah mengharamkan penjualan khamar (arak) bangkai, babi, dan patung-patung.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya
jika Allah mengharamkan sesuatu, ia mengharamkan (pula) harga (penjualannya).” (Hadith riwayat Daruquthni)
Dalam
sebahagian nas terkadang disebutkan pula beberapa jenis yang diharamkan,
seperti makanan yang dirincikan Allah dalam firmanNya:
“Diharamkan
bagimu bangkai, darah, daging babi, (haiwan) yang disembelih atas nama selain
Allah, yang tercekik, yang dipukuli, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang
diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan
bagimu) yang disembelih untuk berhala, dan (diharamkan pula) mengundi nasib
dengan anak panah.”
(Q.S.Al-Maidah: 3)
“Diharamkan
kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu,
dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dansaudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak
saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
sudara-saudara susuan kamu…”
(Q.S.Al-Nisa’: 23)
Dalam
perkara usaha, Allah juga menyebutkan perkara-perkara yang diharamkan.
Allah
s.w.t. berfirman:
“Dan
Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…” (Q.S.Al-Baqarah: 275)
Kemudian
Allah Yang Maha Pengasih terhadap hambaNya menghalalkan untuk kita
perkara-perkara yang baik yang tidak terhitung banyak dan jenisnya.
Oleh
sebab itu Allah tidak memberikan secara terperinci perkara-perkara yang halal
dan diharuskan, kerana semua itu tidak terhitung banyaknya. Allah menerangkan
secara terperinci perkara-perkara yang diharamkan kerana itu boleh dihitung,
sehingga kita mengetahui dan menjauhinya.
Allah
s.w.t. berfirman:
“Sesunnguhnya
Allah telah menjelaskan kepada kamu apa
yang diharamkanNya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya…” (Q.S.Al-An’am: 119)
Adapun
perkara-perkara yang dihalalkan maka Allah menerangkannya secara umum, yakni
selama perkara itu sesuatu yang baik.
Firman
Allah s.w.t.:
“Hai
sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi…”
(Q.S.AlBaqarah: 168)
Adalah
termasuk di antara rahmat Allah bahawa Ia menjadikan dasar segala sesuatu
adalah halal sehingga terdapat dalil yang mengharamkannya. Perkara ini
menunjukkan bahawa Allah s.w.t. Maha Pengasih dan Maha Luas RahmatNya atas
segenap hambaNya. Oleh sebab itu, kita wajib taat, memuji dan bersyukur kepadaNya.
Sebahagian
manusia, jika mereka menyaksikan perkara-perkara yang haram dihitung dan
diperjelaskan kepada mereka, jiwanya tiba-tiba terasa sesak kerana keberatan
terhadap hokum-hukum syariat. Ini menunjukkan betapa lemah iman dan betapa
sedikit pemahaman mereka terhadap syariat.
Apakah
mereka menginginkan agar diperincikan bahawa daging sembelihan dari unta,
lembu, kambing, kijang, kambing hutan, ayam, burung dara, angsa, itik, burung
unta, semua itu halal? Bangkai belalang serta ikan juga halal? Dan
sayur-sayuran, rempah ratus, buah-buahan dan semua biji-bijian serta hasil
tanaman yang bermanfaat halal? Dan bahawa air, susu, madu, minyak dan cuka
halal? Garam rempah ratus dan bumbu-bumbu halal? Lalu menggunakan kayu besi,
pasir, batu kerikal, plastic, kaca serta getah halal?
Mengenderai
haiwan, kereta, kereta api, kapal laut dan kapal terbang halal?
Lalu
menggunakan tandas, mesin basuh, alat pengering, mesin pengiling tepung, mesin
pencincang daging, pengisar serta pelbagai jenis peralatan perubatan, teknik,
alat mengira, astronomi, kejuruteraan, alat mengepam air, penggalian minyak,
alat penyaringan, pertambangan, penyulingan air, percetakan dan computer perlu
diperincikan bahawa semua itu halal?
Kemudian
memakai pakaian dari bahan kapas, bulu, kain lena kulit yang diperolehkan,
nilon dan polister perlu dijelaskan sebagai sesuatu yang halal?
Dasar
hukum pernikahan, jual beli, kafalah (penanggungan), hawalah (Pengiriman), sewa
menyewa, semua jenis kemahiran dan keahlian seperti tukang kayu, tukang besi,
mekanikm, menggembala kambing, semua perlu diterangkan sebagi pekerjaan yang
halal?
Mungkinkah
kita boleh menyelesaikan dalam menghitung dan memperincikan perkara-perkara
yang dihalalkan? Sungguh mereka itu adalah orang-orang yang hampir tidak memahami
perkataan.
Adapun
dalih mereka bahawa agama itu mudah, ucapan tersebut adalah benar tetapi
diselewengkan dan disalahgunakan.
Makna
mudah dalam agama, tidaklah bererti disesuaikan menurut hawa nafsu dan pendapat
manusia tetapi kemudahan itu disesuaikan menurut tuntutan syariat.
Sesungguhnya
sangat besar perbezaan antara melanggar perkara-perkara yang diharamkan lalu
berdalih secara batil bahawa agama adalah mudah dengan menerapkan
keringanan-keringanan yang diberikan oleh syariat seperti dengan melakukan
jama’ dan qasar dalam salat dan berbuka puasa ketika musafir, mengusap (khauf)
kasut dan stoking bagi bagi orang mukmin sehari semalam dan bagi yang musafir
tiga hari tiga malam, tayamum ketika takut bahaya kalau menggunakan air, jama’
antara dua salat…..
Dosa-dosa yang dipandang
ringan oleh manusia
Antaranya adalah:
Syirik
Menyembah kubur
Sihir
Bomoh
Ramalan
Percaya
adanya pengaruh bintang/planet terhadap pelbagai kejadian dan kehidupan manusia
Riyak
dalam ibadah
Thiyarah
Bersumpah
dengan nama selain Allah
Berama
mesra bersam orang munafik atau fasik
Tidak
thuma’ninah dalam salat
Banyak
melakukan gerakan sia-sia dalam salat
Mendahului
imam dengan sengaja dalam salat
Masuk
Masjid setelah makan sesuatu yang berbau busuk
Perbuatan
zina
Liwat
Isteri
menolak ajakan suami
Isteri
meminta cerai tanpa dibenarkan syarak
Zihar
Menyetubuhi
Isteri ketika haid
Mengauli
isteri pada dubur
Tidak
berlaku adil dengan isteri-isteri
Berdua-duan
dengan wanita bukan mahram
Berjabat
tangan dengan wanita bukan mahram
Wanita
keluar rumah dengan berwangi sehingga menggoda lelaki
Wanita
bermusafir tanpa mahram
Memandang
wanita dengan sengaja
Dayus
Mendakwa
keturunan atau mengingkarinya
Makan
riba
Menyembunyikan
kerosakan barang jualan
Mempermainkan
harga
Jual
beli setelah azan kedua pada hari Jumaat
Judi
Mencuri
Memberi
atau menerima rasuah
Merampas
tanah milik orang lain
Menerima
hadiah setelah menolong
Tidak
memenuhi hak-hak pekerja
Tidak
berlaku adil di antara anak-anak
Meminta-minta
tanpa keperluan mendesak
Berhutang
dengan niat tidak mahu membayar
Memakan
harta haram
Minum
arak
Menggunakan
peralatan daripada emasa dan perak
Saksi
palsu
Mendengar
dan menikmati muzik

No comments:
Post a Comment