![]() |
| Gambar Hiasan: Akal berfikir |
Memang kita tidak menafikan analisis, malah kita tidak boleh bertindak tanpanya. Keperluannya adalah ketika merangsang suatu proses kreatif, untuk menguji idea-idea sepontan, mengolah strategi-strategi, menentukan kejayaan perlaksanaan idea-idea luar biasa, mengolah potensi besar yang mungkin tidak pernah dilaksanakan dengan betul dan meyakini bahawa segala usaha dan ikhtiar telah dipersiapkan.
Oleh itu, strategi-strategi yang cemerlang, adalah seperti kerja-kerja seni, penemuan sains yang hebat, kemampuan teknikal untuk mengendalikannya dan strategi yang melahirkan pemahaman yang melewati tahap analisis yang disedari.
Dalam suatu organisasi kadang kala ada penghalang penciptaan strategi besar dan inovatif. Contohnya dalam kenaikan pangkat berdasarkan kekananan atau orang kita; tiada jalan singkat bagi pekerja cemerlang. Majoritinya mereka yang dianugerahkan jawatan pengurusan kanan telah melewati had umur yang membolehkan mereka melahirkan idea strategi yang dinamik. Kekuatannya telah lemah, keagresifannya telah luntur, cita-cita melangitnya telah merosot dan biasanya potensi yang sedia ada diteruskan di samping penambahan aktiviti lain. Pada kebiasaannya pegawai-pegawai muda yang agresif dan kreatif tidak mempunyai saluran untuk menyumbang dengan cara yang bermakna kepada strategi organisasi. Bakatnya tersekat, kehebatannya terbantut dan barangkali potensinya akan terpendam. Hasilnya: Kelembapan strategi atau kemungkinan besar organisasi tidak dapat bersaing di pasaran terbuka.
Apa yang penting pengemblengan tugasan dan keutamaan organisasi menjadi suatu kewajaran untuk kejayaannya, maka perkara-perkara tersebut perlu diambil ingatan:
1. Ahli organisasi memberi aliran imaginasi dan bakat keusahawaan membolehkan mereka menghasilkan idea-idea strategi yang besar dan inovatif.
2. Mereka yang mahir menganalisis dan menguji, menghadam dan menentukan keutamaan idea-idea.
3. Ahli yang saling menyalur, membantu, menyokong dalam melaksanakan strategi-strategi yang telah dipersetujui dan diluluskan.
1. Ahli organisasi memberi aliran imaginasi dan bakat keusahawaan membolehkan mereka menghasilkan idea-idea strategi yang besar dan inovatif.
2. Mereka yang mahir menganalisis dan menguji, menghadam dan menentukan keutamaan idea-idea.
3. Ahli yang saling menyalur, membantu, menyokong dalam melaksanakan strategi-strategi yang telah dipersetujui dan diluluskan.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment