 |
| Gambar Hiasan: Pergerakan bulan |
Pergerakan alam ini menurut perintah Allah s.w.t. Perintah Allah s.w.t. terjadi secara teratur, diatur dan ada peraturannya, termasuklah sistem planet; bumi, bulan, matahari, bintang bertebaran di angkasa raya, silih bergantinya siang dan malam, perubahan musim, proses pendebungaan, persenyawaan manusia dan haiwan. Pelbagai bentuk, sistem, gerakan, keunikan, kepelbagaian fungsi dan semua itu menurut peraturan kuasa Allah s.w.t. yang ada pada alam, manusia, tumbuhan dan haiwan. Jika berlaku kecacatan dan pengaturan sistemnya maka akan cacatlah kerja mereka dan terhentilah peranan serta tugas dan tanggungjawab semua. Musnah hancurlah segalanya.
Firman Allah s.w.t.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.( Q.S. Ali-Imran: 190 )
Firman Allah s.w.t.
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”. ( Q.S. Yasiin: 38-40 )
No comments:
Post a Comment